BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 22, 2009

Kelahiran yang dinanti..

Anak buahku yang pertama: Batriesya Dania Bt Khairul Rozaidi


Bestnya dia tido..


Tilam tu nek yang jahitkan tau..patutla sedap je tdo



Tembamnya..


Baru usia seminggu..

Tuesday, August 11, 2009

Kuat ker?...


Ruang tamu dimana aktiviti ngaji diadakan

Di dalam kedinginan malam bertemankan seribu bintang di ruang angkasa membuatkan ku termenung seketika..lantas ku bersendirian di kamar..melayan keletihan badan yg teramat sgt setelah pulang dari tmpt keja....wlpn sedang praktikal, namun keja yg dilakukan adalah seperti staf biasa..semua org nampak sibuk dan kalut arini..ada yg kena 'stayback' memandangkan byk keja yg perlu disiapkan..kerja,kerja,kerja..sampai bila pun takkan habis kan..tiba2 terdengar panggilan dari bonda tersayang.."cik yu,bdk2 ngaji dh mai tu,xmau ajar ngaji ka?''..terdengar sayup2 suara mak.."alaa mak,kak letih sgt la arini,suh ja bdk2 tu baca sndri..pastu blk,''..esk je la kak ajar dpa..oleh krn terlalu letih,aku snggup berkata demikian..nk jd ank derhaka ka aku ni?ish2...biasanya mak yg ajrkn mereka ngaji setiap mlm, tp dek krn mak 'lampu merah' aritu,aku lah yg kena amek alih tugas mengajar..pnt jgk sbnrnya mengajar ni..bknnya pe,penat melayan keletah ank2 kecik yg aktif membesar..terkenangkn susah payah mereka datang ke rumah ku,berjlan dalam kegelapan malam dan melalui lorong2 kampung,kugagahi jugak kudrat ini..Ya Allah,penatnya arini..Kau berilah aku kekuatan yg tak terdaya ni..sesungguhnya aku insan lemah..ku terus berdoa moga sentiasa diberi kekuatan dlm melaksanakan kerja amal ni..tiba2 terasa satu 'extraordinary power' menyelinap masuk ke dlm setiap urat2 saraf ku ini..sepantas kilat ku bingkas bangun mengambil wuduk dan mengatur langkahku menuju ke ruang tamu dimana aktiviti mengaji diadakan.."aih!!xdgr pun ngaji,mai cni asyik nk main ja!bila nk ubah ni?"..geram melihatkn gelagat mereka yg cukup aktif bermain..biasalah..bdk2 yg sedang membesar ni skali skala kena jgk marah..kalau tak, naik kepala dibuatnya..xbleh bg 'chance' lagi.."dh2,ngaji cepat!"...ku tutup slot marah menyiga itu dengan penuh pengharapan supaya arini lebih baik dari semalam..mudah-mudahan ada yang lancar bacaannya.."bismillahirrahmanirrahim"(suara beramai2)...alif,ba,ta...dan seterusnya....inilah rutin harianku setiap malam..sentiasa perlu bertarung dengan nafsu yang letih ni..sesungguhnya jihad nafsu lebih susah dan perit berbanding dengan jihad peperangan..so,kuat ker??moga aku terus diberi kekuatan untuk melaksanakan sesuatu yang Allah janjikan indah di sana...insyaallah...












islamic wallpaper

Tuesday, August 4, 2009

Hiburan Hati

Melihat ikan yg galak berenang ke hulu hilir sudah cukup menenangkan hati


Lihatlah alam yg terbentang luas..indahnya ciptaan Tuhan

Jam nset menunjukkn pukul 3.00am..ttba ku tersedar dr lamunan mimpi yg agk mengerikn..di alam itu, aku telah melalui satu jalan penceritaan yg berkaitan dgn perpisahan, kesedihan, kecelaruan dn sebagainya..cpt2 ku ucpkn kalimah astaghfirullahalazim..apa petanda semua ini ya Allah..adakah maut semakin hampir denganku..atau sebenarnya aku telah semakin jauh dariMu ya Allah??aku tdk pasti..mimpi itu seolah2 memberi satu petanda bhwa aku mgkn sedang berada di 'danger zon'..hmmm,barangkali..ntah la..wake up,wake up!!lekas,tunaikanlah tanggungjawabmu..masihkah ada ruang dan peluang utkku ya Allah?adakah aku layak untuk menerima Nur KasihMu ya Allah..masihkah ada sekelumit pengharapan untukku?..ku sedar rupa2nya sejak kebelakangan ini hatiku sebenarnya tidak tenang,tidak setenang air di kali..berikan aku kesempatan utk ku mencari punca disebalik keserabutan gompolan benang masalah ini..


Teringat kembali peringatan yang Allah turunkn untuk hambanya..



Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM



Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah


Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)



Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.
Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)



Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)



Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )



Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka.




Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)



FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah Al-Anfaal: 2)



Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
(Surah Al-Hajj: 35)



Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)




kepada teman2 ku yg dikasihi Allah sekalian ,andai hatimu tidak tenang kembalilah ke tempat asal..bhwa.. asalnya diri kita begitu dekat dengan Sang Pencipta..waallahualam..

Tuesday, July 14, 2009

Hargailah Nilai Persahabatan

Persahabatan ibarat seekor ikan dengan anaknya yg sentiasa memerlukan antara satu sama lain, sentiasa bersama ke mana saja dan saling lengkap melengkapi atr satu sm lain...(seperti dlm konsep ta'aruf, tafahum dan tafakul)


- She's my best friend,my sister and my inspiration-

"Jadikan jalinana antara kita terbina 'persis untaian tasbih'. Ada awal, tiada penghujungnya. Dibentuk untuk mengingatinNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata2 kerana redhaNya. Menitis airmata tika merasai kemanisanNya"..
Pasti kalian semua biasa mendengar kata2 hikmah ni kan..kata2 yg biasa ditafsirkan dalam sebuah persahabatan.Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..






P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku..

Monday, July 13, 2009

Islamic Greeting Card