BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 2, 2010

Banyak sawang

Banyaknya sawang dan habuk kat blog aku ni..dh lama sangat tak update sebab sibuk dgn rutin harian..sian plak kt sorang sahabat ni yang selalu tny "dh update ke blog"..hehe..rasa touching lak ada loyalty guest yg selalu nak ikuti perkembangan cerita menarik dalam blog aku ni..thanks utk dia..hmm,so bagi memenuhi permintaan dia utk kongsikan beberapa resepi masakan melayu ,aku persembahkan di sini hasil masakan air tangan aku yg agak power ni..hehe..well,bulan lepas sempatla jgk aku terbang ke sabah untuk melawat abang di sana..yang sebenarnya nk tengok anak buah pertama yang baru berusia 6 bulan..jadi,sempatla jugak memasak makanan kegemaran abangku iaitu ketam masak lemak cili api..memang best dpt shopping makanan kat sana..murah-murah belaka..bagi sesiapa yg minat giler masak,memang rambang mata nak memilih pelbagai jenis ikan dan makanan laut..semuanya segar-segar belaka..dah la murah,memang berbaloi-baloi..tak menyesal lah makan angin di sabah ni..skali pergi mesti terasa nk ke sana lagi..




tengok la dari penuh satu periuk sampai tinggal separuh dah..punyala sedap..hehe


Bahan-bahan:
1 kg Ketam - bersihkan and tos kasi kering
1 kotak (200ml) santan segera - eryne biase gune santan harmuni

Bahan2 kat bawah ni diblender:
10 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih
2" halia
1/2" kunyit hidup
15 tangkai cili api - kalu nak lagi pedas letak lebih

3 btg serai - dititik
1 helai daun kunyit - dimayang (tapi masa masak nie lupa nak letak)
2 keping asam gelugor - cuci kasi bersih
Garam dan gula secukupnye
Air ikut kepekatan kuah

Cara Memasak:
1. Tumis bahan2 yg dah dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan serai & daun kunyit, pastu kacau2 sekejap.
3. Masukkan santan kotak & tambah air ikut kepekatan yg kite suka. Jangan lupa kacau sekejap2 kasi sebati (kalu guna santan kotak tak payah dok selalu kacau kuah tu, sbb dia tak kan pecah santan)
4. Lepas dia dah mendidih masukkan ketam diikuti asam, garam & gula secukupnye.
5. Tunggu dia menggelegak lagi, rasa sikit kuahnya kalu ada yg tak cukup tambah ikut tekak masing2.
6. Dah siap, hidangkan dgn nasi panas




ni masakan kedua..




ikan siakap sweet sour




ketam yg fresh




makan angin setelah pnt memasak..